ILMU TAUHID TINGKAT DASAR
Terjemahan Matan
‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki مَنْظُومَة عَقِيْدَةِ العَوَامِ Manzumah
‘Aqidatul ‘Awam نظم الشيخ أمحد املرزوقي املالكي Susunan Asy-Syeikh Ahmad
Al-Marzuqi Al-Maliki
بسم الله الر حمن الر حىم
[01] Saya mulakan penulisan nazam ini dengan Nama Allah SWT, Yang Maha Pemurah
dan Yang Maha Pengasih yang selalu menganugerahkan kebajikan.
[02] Segala puji bagi Allah SWT; Yang Qadim, Yang Awal
(tanpa permulaan), Yang Akhir (tanpa penghujung), Yang Kekal Abadi tanpa
perubahan.
[03] Seterusnya, semoga rahmat dan kesejahteraan Allah
SWT senantiasa terlimpah ke atas Nabi SAW sebaik baik insan yang mengesakan
Allah SWT.
[04] Dan juga keluarganya, para sahabatnya dan orang yang mengikuti jalan agama
yang hak tanpa di tambah-tambah.
[05] Selanjutnya, ketahuilah dengan yakin bahwa Allah SWT itu mempunyai 20
sifat yang wajib. Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi
Al-Maliki Al-Makki 2
[06] Yaitu Allah SWT itu (1) Maujud (ada), (2) Qadim (telah ada sebelum adanya
segala sesuatu), (3) Baqii (kekal abadi tanpa akhir), (4) Mukhaluful Lil Khalq
(bertentangan dengan makhluk) secara mutlak.
[07] (5) Qaim (berdiri dengan sendiri tidak memerlukan bantuan sesiapa) Yang
Maha Kaya, (6) Waahidun (Yang Maha Esa), (7) Hayyun (Yang Maha Hidup tidak akan
mati), (8) Qaadirun (Yang Maha Berkuasa), (9) Muriidun (Yang Maha Berkehendak),
(10) ‘Aalimun (Yang Maha Mengetahui) segala sesuatu.
[08] (11) Samii’ (Yang Maha Mendengar), (12) Bashiir (Yang Maha Melihat), (13)
Mutakallim (Maha Berbicara), Allah SWT juga mempunyai 7 sifat yang teratur.
[09] Iaitu (Sifat Ma’ni): (14) Qudrah (Berkuasa), (15) Iradah (Berkehendak),
(16) Sama’ (Mendengar), (17) Bashor (Melihat), (18) Hayaat (Hidup), (19)
Al-‘Ilmu (Berpengetahuan), (20) Kalaam (Bercakap) secara terus menerus.
[10] Dengan kurniaan dan keadilanNya, Allah SWT memiliki Sifat Harus, iaitu
harus Dia melakukan segala sesuatu atau meninggalkannya.
[11] Allah SWT telah mengutus para nabi yang memiliki 4 sifat yang wajib,
iaitu: (1) Fatonah (cerdik), (2) Siddiq (jujur), (3) Tabligh (menyampaikan),
(4) Amanah (dipercayai).
[12] Sifat yang harus bagi mereka ialah kebiasaan yang berlaku kepada manusia
biasa tanpa mengurangi kedudukannya sebagai nabi seperti mengalami sakit yang
ringan.
[13] Sifat maksum mereka (mendapat perlindungan Allah SWT daripada melakukan
dosa) seperti juga para Malaikat, adalah wajib. Bahkan, para Nabi lebih utama
daripada para Malaikat.
[14] Dan Sifat Mustahil, adalah lawan semua sifat yang wajib. Maka wajiblah
kamu menghafal 50 sifat ini.Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad
Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki 3
[15] Wajib bagi mukallaf meyakini dan berusaha mengetahui 25 nama Rasul yang
disebut di dalam Al-Qur’an secara terperinci.
[16] Mereka ialah (1) Adam u, (2) Idris u, (3) Nuh u, (4) Hud u beserta, (5) Soleh u dan, (6) Ibrahim u yang masing-masing wajib diikuti.
[17] Seterusnya, (7) Luth u, (8) Isma’il u dan, (9) Ishaq u. Begitu juga (10) Ya’qub u, (11) Yusuf u dan, (12) Ayyub u yang mengikut jejak langkah para nabi sebelumnya.
[18] (13) Syu’aib u, (14) Harun u, (15) Musa u, (16) Alyasa’ u, (17) Zulkifli u, (18) Daud u, (19) Sulaiman u yang selanjutnya.
[19] (20) Ilyas u, (21) Yunus u, (22) Zakaria u, (23) Yahya u, (24) ‘Isa u dan, (25) Thoha j sebagai nabi penutup dan tinggalkanlah kecenderungan
kepada ke sesatan.
[20] Semoga rahmat dan kesejahteraan daripada Allah SWT terlimpah ke atas
mereka dan keluarga mereka sepanjang masa.
[21] Ketahuilah, bahawa Malaikat itu tidak mempunyai ayah dan ibu, tidak makan,
tidak minum dan tidak juga tidur.
[22] Perincian bilangan mereka adalah 10, iaitu (1) Jibril u, (2) Mikail u, (3) Israfil u, (4) ‘Izrail u.
[23] (5) Munkar u dan, (6) Nakir u, (7) Raqib u dan jua, (8) ‘Atid u, (9) Malik u dan seterusnya, (10) Ridhwan u.
[24] Terdapat 4 buah Kitab Suci yang diturunkan sebagai petunjuk kepada
manusia. Secara terperincinya ialah Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa u.Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid
Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki 4
[25] Zabur diturunkan kepada Nabi Daud u, Injil diturunkan kepada Nabi ‘Isa u dan Al-Furqan (Al-Qur’an) diturunkan kepada
sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad SAW).
[26] Dan Suhuf (lembaran-lembaran suci) diturunkan kepada Al-Khalil (Nabi
Ibrahim u) dan AlKalim (Nabi Musa u). Di dalamnya, terdapat fiirman-firman yang penuh hikmah kepunyaan Tuhan
Yang Maha Mengetahui.
[27] Segala yang dibawa oleh Rasulullah j, maka wajiblah ke atas mukallaf
tunduk, patuh dan menerimanya,
[28] Wajib bagi kita mengimani kedatangan Hari Akhirat (Hari Kiamat) dan semua
kejadian yang mengajaibkan.
[29] Inilah ialah penutup yang akan disebut mengenai perkara yang wajib
dipercayai dan diimani oleh mukallaf.
[30] Iaitu, Nabi kita Muhammad SAW yang telah diutuskan kepada seluruh alam
sebagai rahmat dan kurniaan Allah SWT.
[31] Ayahandanya ialah ‘Abdullah ibn ‘Abdul Muththolib ibn Hasyim ibn ‘Abdu
Manaf yang berhubungan nasab.
[32] Manakala bondanya ialah Aminah dari suku Zuhrah. Baginda j disusui oleh
Halimah dari suku Sa’ad.
[33] Tempat kelahirannya ialah di Makkah yang aman, dan Baginda j wafat di
Toibah Madinah AlMunawwarah.
[34] Baginda j mendapat wahyu ketika genap berusia 40 tahun. Baginda j wafat
ketika usianya lebih dari 60 tahun (yang masyhur pada usia 63 tahun).Terjemahan
Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki 5
[35] Perlu kita fahami, bahawa putera dan puteri Baginda j seramai 7 orang; 3
orang daripada mereka ialah lelaki.
[36] Iaitu (1) Qasim, (2) ‘Abdullah yang digelar dengan Toyyib (ertinya baik)
dan Tohir (ertinya suci).
[37] Berikutnya, (3) Ibrahim yang lahir dari hamba perempuan, maka bondanya
ialah Mariyah AlQibtiyyah (Mariyah dari bangsa qibti di Mesir).
[38] Selain Ibrahim, kesemuanya lahir dari Khadijah, mereka seramai 6 orang,
maka kenalilah mereka dengan perasaan kasih yang berpanjangan.
[39] Disebutkan, 4 daripadanya ialah perempuan. Semoga mereka semua mendapat
keredhaan Tuhanku.
[40] (4) Fatimah Az-Zahra’ suaminya ialah Imam ‘Ali t dan kedua puteranya (Hasan t dan Husain t) merupakan cucu Rasulullah j yang keutamaan
mereka sudah cukup jelas.
[41] Kemudian (5) Zainab, selepasnya (6) Ruqayyah dan (7) Ummu Kaltsum, wanita
yang suci lagi sentiasa penuh redha.
[42] Hendaklah kita mengetahui, bahawa isteri Al-Mustofa j (Nabi pilihan)
sesudah kewafatannya seramai 9 orang, iaitu wanita-wanita yang diberi pilihan
untuk memilih antara perhiasan dunia dan syurga, maka mereka memilih Al-Muqtafa
j (Nabi yang diikuti).
[43] (1) ‘Aisyah, (2) Hafsah, (3) Saudah, (4) Sofiyyah, (5) Maimunah dan (6)
Ramlah.
[44] (7) Hindun, (8) Zainab demikian juga (9) Juwairiyyah. Mereka adalah
ibu-ibu yang diredhai bagi orang-orang yang beriman.Terjemahan Matan ‘Aqidatul
‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki 6
[45] Hamzah adalah bapa saudara Nabi j dan ‘Abbas juga bapa saudara Nabi j
(sebelah ayahanda Baginda j), sedangkan ibu saudara Nabi j (sebelah ayahanda
Baginda j) adalah Sofiyyah yang patuh kepada Allah dan RasulNya.
[46] Sebelum Nabi j berhijrah, Baginda j telah diisra’kan (diperjalankan) pada
waktu malam atas kehendak Allah SWT dari Makkah ke Baitul Maqdis yang sama-sama
sudah diketahui.
[47] Sesudah Isra’, Baginda j dimi’rajkan (naik) ke langit atas kehendak Allah SWT
hingga Baginda j melihat Tuhannya dan saling berbicara.
[48] Tidak membayangkan bagaimana caranya dengan gambaran yang sempit, Allah SWT
mewajibkan kepada Baginda j (dan kepada umatnya) kefardhuan solat 5 waktu,
setelah sebelumnya difardhukan 50 waktu.
[49] Peristiwa Isra’ itu telah disampaikan kepada umatnya termasuk kewajipan
melaksanakan solat 5 waktu tanpa diragukan lagi.
[50] Maka beruntunglah Sayyiduna Abu Bakar Ash-Shiddiq t kerana mempercayai Baginda j, dan dengan
peristiwa Mi’raj dia menyetujui dan membenarkan Baginda j.
[51] Inilah ‘aqidah yang ringkas dan mudah yang sesuai bagi orang-orang awam.
[52] Penyusun ‘aqidah ini ialah Ahmad Al-Marzuqi t yang berhubungan nasabnya (silsilahnya) dengan
Rasulullah j.
[53] Segala puji bagi Allah SWT, rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
SAW, sebaik-baik insan yang telah mengajar ‘aqidah ini.
[54] Demikian juga ke atas keluarga, sahabat-sahabat dan setiap orang yang
memberi petunjuk, dan setiap orang yang telah mengikut petunjuk itu dengan
baik.Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki
Al-Makki 7
[55] Saya memohon ke hadhrat Tuhan Yang Maha Pemurah, keikhlasan beramal dan
semoga ia bermanfaat bagi orang-orang yang mengamalkannya.
[56] Bilangan bait nazam ini sebanyak
[57] bait mengikut bilangan huruf Maizun, dan kiraan ketentuan penanggalannya
disesuaikan bilangan huruf Li Hay Ghur iaitu, 30/10/1218 H. [57] Saya menamakan nazam ini dengan ‘Aqidatal ‘Awam
yang wajib diyakini dalam urusan agama secara sempurna bagi orang awam, iaitu
orang yang baru dalam tahap permulaan belajar. Semoga Allah SWT melimpahkan
rahmat dan kesejahteraan ke atas Junjungan kita Muhammad SAW, keluarganya dan
para sahabatnya.
Tidak ada komentar :
Posting Komentar