Senin, 30 Maret 2015

Terjemahan Matan Aqidatul Awam

ILMU TAUHID TINGKAT DASAR
Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki  مَنْظُومَة عَقِيْدَةِ العَوَامِ Manzumah ‘Aqidatul ‘Awam نظم الشيخ أمحد املرزوقي املالكي Susunan Asy-Syeikh Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki

بسم الله الر حمن الر حىم
[01] Saya mulakan penulisan nazam ini dengan Nama Allah SWT, Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Pengasih yang selalu menganugerahkan kebajikan.
[02] Segala puji bagi Allah SWT; Yang Qadim, Yang Awal (tanpa permulaan), Yang Akhir (tanpa penghujung), Yang Kekal Abadi tanpa perubahan.
[03] Seterusnya, semoga rahmat dan kesejahteraan Allah SWT senantiasa terlimpah ke atas Nabi SAW sebaik baik insan yang mengesakan Allah SWT.
[04] Dan juga keluarganya, para sahabatnya dan orang yang mengikuti jalan agama yang hak tanpa di tambah-tambah.
[05] Selanjutnya, ketahuilah dengan yakin bahwa Allah SWT itu mempunyai 20 sifat yang wajib. Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki  2
[06] Yaitu Allah SWT itu (1) Maujud (ada), (2) Qadim (telah ada sebelum adanya segala sesuatu), (3) Baqii (kekal abadi tanpa akhir), (4) Mukhaluful Lil Khalq (bertentangan dengan makhluk) secara mutlak.
[07] (5) Qaim (berdiri dengan sendiri tidak memerlukan bantuan sesiapa) Yang Maha Kaya, (6) Waahidun (Yang Maha Esa), (7) Hayyun (Yang Maha Hidup tidak akan mati), (8) Qaadirun (Yang Maha Berkuasa), (9) Muriidun (Yang Maha Berkehendak), (10) ‘Aalimun (Yang Maha Mengetahui) segala sesuatu.
[08] (11) Samii’ (Yang Maha Mendengar), (12) Bashiir (Yang Maha Melihat), (13) Mutakallim (Maha Berbicara), Allah SWT juga mempunyai 7 sifat yang teratur.
[09] Iaitu (Sifat Ma’ni): (14) Qudrah (Berkuasa), (15) Iradah (Berkehendak), (16) Sama’ (Mendengar), (17) Bashor (Melihat), (18) Hayaat (Hidup), (19) Al-‘Ilmu (Berpengetahuan), (20) Kalaam (Bercakap) secara terus menerus.
[10] Dengan kurniaan dan keadilanNya, Allah SWT memiliki Sifat Harus, iaitu harus Dia melakukan segala sesuatu atau meninggalkannya.
[11] Allah SWT telah mengutus para nabi yang memiliki 4 sifat yang wajib, iaitu: (1) Fatonah (cerdik), (2) Siddiq (jujur), (3) Tabligh (menyampaikan), (4) Amanah (dipercayai).
[12] Sifat yang harus bagi mereka ialah kebiasaan yang berlaku kepada manusia biasa tanpa mengurangi kedudukannya sebagai nabi seperti mengalami sakit yang ringan.
[13] Sifat maksum mereka (mendapat perlindungan Allah SWT daripada melakukan dosa) seperti juga para Malaikat, adalah wajib. Bahkan, para Nabi lebih utama daripada para Malaikat.
[14] Dan Sifat Mustahil, adalah lawan semua sifat yang wajib. Maka wajiblah kamu menghafal 50 sifat ini.Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki  3
[15] Wajib bagi mukallaf meyakini dan berusaha mengetahui 25 nama Rasul yang disebut di dalam Al-Qur’an secara terperinci.
[16] Mereka ialah (1) Adam u, (2) Idris u, (3) Nuh u, (4) Hud u beserta, (5) Soleh u dan, (6) Ibrahim u yang masing-masing wajib diikuti.
[17] Seterusnya, (7) Luth u, (8) Isma’il u dan, (9) Ishaq u. Begitu juga (10) Ya’qub u, (11) Yusuf u dan, (12) Ayyub u yang mengikut jejak langkah para nabi sebelumnya.
[18] (13) Syu’aib u, (14) Harun u, (15) Musa u, (16) Alyasa’ u, (17) Zulkifli u, (18) Daud u, (19) Sulaiman u yang selanjutnya.
[19] (20) Ilyas u, (21) Yunus u, (22) Zakaria u, (23) Yahya u, (24) ‘Isa u dan, (25) Thoha j sebagai nabi penutup dan tinggalkanlah kecenderungan kepada ke sesatan.
[20] Semoga rahmat dan kesejahteraan daripada Allah SWT terlimpah ke atas mereka dan keluarga mereka sepanjang masa.
[21] Ketahuilah, bahawa Malaikat itu tidak mempunyai ayah dan ibu, tidak makan, tidak minum dan tidak juga tidur.
[22] Perincian bilangan mereka adalah 10, iaitu (1) Jibril u, (2) Mikail u, (3) Israfil u, (4) ‘Izrail u.
[23] (5) Munkar u dan, (6) Nakir u, (7) Raqib u dan jua, (8) ‘Atid u, (9) Malik u dan seterusnya, (10) Ridhwan u.
[24] Terdapat 4 buah Kitab Suci yang diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia. Secara terperincinya ialah Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa u.Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki  4
[25] Zabur diturunkan kepada Nabi Daud u, Injil diturunkan kepada Nabi ‘Isa u dan Al-Furqan (Al-Qur’an) diturunkan kepada sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad SAW).
[26] Dan Suhuf (lembaran-lembaran suci) diturunkan kepada Al-Khalil (Nabi Ibrahim u) dan AlKalim (Nabi Musa u). Di dalamnya, terdapat fiirman-firman yang penuh hikmah kepunyaan Tuhan Yang Maha Mengetahui.
[27] Segala yang dibawa oleh Rasulullah j, maka wajiblah ke atas mukallaf tunduk, patuh dan menerimanya,
[28] Wajib bagi kita mengimani kedatangan Hari Akhirat (Hari Kiamat) dan semua kejadian yang mengajaibkan.
[29] Inilah ialah penutup yang akan disebut mengenai perkara yang wajib dipercayai dan diimani oleh mukallaf.
[30] Iaitu, Nabi kita Muhammad SAW yang telah diutuskan kepada seluruh alam sebagai rahmat dan kurniaan Allah SWT.
[31] Ayahandanya ialah ‘Abdullah ibn ‘Abdul Muththolib ibn Hasyim ibn ‘Abdu Manaf yang berhubungan nasab.
[32] Manakala bondanya ialah Aminah dari suku Zuhrah. Baginda j disusui oleh Halimah dari suku Sa’ad.
[33] Tempat kelahirannya ialah di Makkah yang aman, dan Baginda j wafat di Toibah Madinah AlMunawwarah.
[34] Baginda j mendapat wahyu ketika genap berusia 40 tahun. Baginda j wafat ketika usianya lebih dari 60 tahun (yang masyhur pada usia 63 tahun).Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki  5
[35] Perlu kita fahami, bahawa putera dan puteri Baginda j seramai 7 orang; 3 orang daripada mereka ialah lelaki.
[36] Iaitu (1) Qasim, (2) ‘Abdullah yang digelar dengan Toyyib (ertinya baik) dan Tohir (ertinya suci).
[37] Berikutnya, (3) Ibrahim yang lahir dari hamba perempuan, maka bondanya ialah Mariyah AlQibtiyyah (Mariyah dari bangsa qibti di Mesir).
[38] Selain Ibrahim, kesemuanya lahir dari Khadijah, mereka seramai 6 orang, maka kenalilah mereka dengan perasaan kasih yang berpanjangan.
[39] Disebutkan, 4 daripadanya ialah perempuan. Semoga mereka semua mendapat keredhaan Tuhanku.
[40] (4) Fatimah Az-Zahra’ suaminya ialah Imam ‘Ali t dan kedua puteranya (Hasan t dan Husain t) merupakan cucu Rasulullah j yang keutamaan mereka sudah cukup jelas.
[41] Kemudian (5) Zainab, selepasnya (6) Ruqayyah dan (7) Ummu Kaltsum, wanita yang suci lagi sentiasa penuh redha.
[42] Hendaklah kita mengetahui, bahawa isteri Al-Mustofa j (Nabi pilihan) sesudah kewafatannya seramai 9 orang, iaitu wanita-wanita yang diberi pilihan untuk memilih antara perhiasan dunia dan syurga, maka mereka memilih Al-Muqtafa j (Nabi yang diikuti).
[43] (1) ‘Aisyah, (2) Hafsah, (3) Saudah, (4) Sofiyyah, (5) Maimunah dan (6) Ramlah.
[44] (7) Hindun, (8) Zainab demikian juga (9) Juwairiyyah. Mereka adalah ibu-ibu yang diredhai bagi orang-orang yang beriman.Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki  6
[45] Hamzah adalah bapa saudara Nabi j dan ‘Abbas juga bapa saudara Nabi j (sebelah ayahanda Baginda j), sedangkan ibu saudara Nabi j (sebelah ayahanda Baginda j) adalah Sofiyyah yang patuh kepada Allah dan RasulNya.
[46] Sebelum Nabi j berhijrah, Baginda j telah diisra’kan (diperjalankan) pada waktu malam atas kehendak Allah SWT dari Makkah ke Baitul Maqdis yang sama-sama sudah diketahui.
[47] Sesudah Isra’, Baginda j dimi’rajkan (naik) ke langit atas kehendak Allah SWT hingga Baginda j melihat Tuhannya dan saling berbicara.
[48] Tidak membayangkan bagaimana caranya dengan gambaran yang sempit, Allah SWT mewajibkan kepada Baginda j (dan kepada umatnya) kefardhuan solat 5 waktu, setelah sebelumnya difardhukan 50 waktu.
[49] Peristiwa Isra’ itu telah disampaikan kepada umatnya termasuk kewajipan melaksanakan solat 5 waktu tanpa diragukan lagi.
[50] Maka beruntunglah Sayyiduna Abu Bakar Ash-Shiddiq t kerana mempercayai Baginda j, dan dengan peristiwa Mi’raj dia menyetujui dan membenarkan Baginda j.
[51] Inilah ‘aqidah yang ringkas dan mudah yang sesuai bagi orang-orang awam.
[52] Penyusun ‘aqidah ini ialah Ahmad Al-Marzuqi t yang berhubungan nasabnya (silsilahnya) dengan Rasulullah j.
[53] Segala puji bagi Allah SWT, rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW, sebaik-baik insan yang telah mengajar ‘aqidah ini.
[54] Demikian juga ke atas keluarga, sahabat-sahabat dan setiap orang yang memberi petunjuk, dan setiap orang yang telah mengikut petunjuk itu dengan baik.Terjemahan Matan ‘Aqidatul ‘Awam – As-Sayyid Ahmad Al-Marzuqi Al-Maliki Al-Makki  7
[55] Saya memohon ke hadhrat Tuhan Yang Maha Pemurah, keikhlasan beramal dan semoga ia bermanfaat bagi orang-orang yang mengamalkannya.
[56] Bilangan bait nazam ini sebanyak

[57] bait mengikut bilangan huruf Maizun, dan kiraan ketentuan penanggalannya disesuaikan bilangan huruf Li Hay Ghur iaitu, 30/10/1218 H. [57] Saya menamakan nazam ini dengan ‘Aqidatal ‘Awam yang wajib diyakini dalam urusan agama secara sempurna bagi orang awam, iaitu orang yang baru dalam tahap permulaan belajar. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Junjungan kita Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar